OKTOBER 2021

Abang Jo Lancar SADA


SIMANGGANG: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg pagi tadi telah melancarkan Sri Aman Development Agency (SADA) sebagai sebuah badan yang merancang dan melaksanakan pembangunan Bahagian Sri Aman secara berintegrasi. 

SADA dipengerusikan oleh Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim, Ahli Parliamen BatangLupar dengan ahli-ahli terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion, Datuk Francis Harden Hollis, Datuk Malcolm Mussen Lamoh, Datuk Snowdan Lawan, Datuk Mong Dagang, Dato Hajah Simoi Peri dan Datu Indit Bangai, Residen Sri Aman.

Sekretariat SADA bertempat di Wisma SADA beralamat di Lot 497, Block 3, Simanggang Town District.

Kerajaan Negeri telah meluluskan penubuhan SADA pada Oktober 2020 beserta kelulusan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion, sembilan perjawatan Gred 29 hingga Gred 48 dan peruntukan operasi sebanyak RM2.5 juta untuk 2021. 

Kerajaan Negeri juga telah meluluskan Kajian Pelan Induk Sri Aman untuk dilaksanakan untuk menentukan hala tuju perancangan pembangunan di Bahagian Sri Aman bagi jangka masa 10 tahun (2021-2030). 

Di sebelah petang Datuk Patinggi Abang Zohari telah meninjau perkembangan di Hospital Sri Aman yang baharu yang akan siap sepenuhnya dalam sedikit masa lagi.

Beliau kemudian singgah di tapak Peace Park di sini dan melakukan upacara pecah tanah untuk projek tersebut sebelum kembali ke Kuching.

Sumber dari : Sarawakku